Musim durian antara musim yang dinanti-nantikan oleh penggemar durian di seluruh Malaysia. Macam sekarang ini, dapat saksikan begitu ramai peniaga yang sudah menjual durian di mana ada yang dijual pada harga murah dan ada juga harga yang sedikit mahal.
Bagi penggemar durian, biasanya mereka tidak kisah untuk berbelanja lebih asalkan isi durian yang dibeli dalam keadaan yang elok dan sedap dimakan. Namun lain pula nasib yang dilalui gadis ini apabila durian yang dibelinya berjaya membuatkan dia terk.edu melihatnya.
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan gadis itu sedang membuka durian yang baru sahaja dibelinya. Apa yang mengejutkan ialah isi durian yang berada di dalamnya begitu kecil sekali mengalahkan sebiji kismis sahaja.
Bukan hanya sedikit malah keseluruhan isi durian yang dikupasnya itu bersaiz begitu kecil sekali menyebabkan gadis itu berasa ke.cewa melihatnya. Turut dapat dilihat, isi durian yang berada dalam saiz yang terlalu kecil tidak setimpal dengan harga yang dibeli.
Perkongsiannya ini turut menarik perhatian netizen di mana rata-ratanya turut terkejut melihat keadaan durian tersebut. Dalam masa yang sama, netizen menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dahulu isi durian semasa membeli daripada penjual.
“Comel je kecik gitu hahahaha.”
“Durian tu pun konfius, sebenarnya dia buah apa.”
“Kalau beli durian, memang kena mintak bukak dekat situ jugak and check. Jangan beli terus.”
“Maafkan saya sebab tergelak dengan manik durian anda.”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HCL