“McD lagi murah!” – Netizen kasihan wanita pesan burger ayam special di gerai tepi jalan kena bayar RM23

BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia.

Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.

Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan sekali gus menyediakan pilihan yang pelbagai buat penggemarnya.

Wanita tersebut terkejut apabila harga burger ayam special yang dibeli di tepi jalan berharga RM11.50 sebiji.

Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai.

Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang.

Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special.

Namun dia benar-benar terke.jut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23.

“Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special,” kata wanita berkenaan.

Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera.

Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam… Double ayam special RM4.50 -NETIZEN

Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook.

Dia turut memuat naik gambar burger ayam special yang dipesannya itu untuk dinilai oleh warga maya.

Perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan gerai burger berkenaa

Antara komen netizen yang turut terkejut dengan harga burger yang dibeli wanita tersebut.

“Burger McDonald lebih murah daripada burger yang dijual mereka.

“Harga tersebut terlalu tinggi dan tak berbaloi beli. Lebih baik beli burger dari tempat lain yang tak terlalu mahal.

“Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam… Double ayam special RM4.50,” demikian antara perkongsian netizen.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *