Suara Fatin Afeefa raih tumpuan warganet, “Bagi dia masuk Big Stage”

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang membintangi filem popular, Tentang Bulan iaitu Fatin Afeefa. Selebriti ini yang kini berusia 27 tahun sentiasa menjadi tumpuan ramai peminat filem tersebut.

Seperti yang diketahui selain berbakat dalam bidang lakonan sedari kecil, Fatin Afeefa membuatkan ramai menyukai suaranya yang merdu dan boleh menyanyi.

Acap kali juga suara Fatin Afeefa itu menerima pujian ramai manakala dalam satu rancangan terbaru berjudul Karaoke Superstar ini pula membuatkan pelakon jelita berkenaan menjadi perbualan hangat pengguna TikTok.

Ini kerana dia yang muncul dengan membuat persembahan menyanyikan sebuah lagu berjudul Jaga-Jaga tidak sekadar mendapat perhatian individu di rancangan tersebut malah warganet yang mendengarnya juga ‘cair’.

@imranimlap #karaokesuperstar #fyp ♬ original sound – imran imlap

Hantaran video tersebut yang tular bagaimanapun suara Fatin Afeefa menjadi perhatian ribuan warganet dengan menerima pujian ramai manakala gaya dirinya menyanyikan lagu tersebut turut membuatkan penonton dapat layan.

“Suara dia memang sedap, since duet dengan Tomok dan tengok live IG dia suka nyanyi, dah tersuka”

“Best nya suara dia, suka sangat”

“Ni baru betul pelakon yang boleh nyanyi yang lain selalunya syok sendiri je”

“Suka betul style Fatin Afeefa bawak lagu ni, memang lain”

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HCL

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *