PU Amin Gelar Penerbit Mat Kilau Jutawan Ummah: “Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”

Filem arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan sedang mencetak sejarah tersendiri apabila mengutip lebih RM12 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.

Tidak hanya itu, Mat Kilau juga mengatasi rekod kutipan naskhah luar negara termasuk filem pecah panggung GSC seperti Top Gun Maverick, The Black Phone, Elvis dan Vikram.

Di sebalik keghairahan penonton dan nama para pemain di filem ini seperti Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian, Adi Putra dan Wan Hanafi Su menjadi perhatian, pendakwah bebas PU Amin pula ‘lebih berminat’ memperkenalkan figura di sebalik penerbitan filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini.

Menerusi perkongsian dalam akaun Instagramnya, PU Amin memuat naik foto seorang lelaki yang dikenali dengan nama Haji Abdul Rahman Mat Dali. Menurut Amin, beliau adalah individu yang telah menerbitkan filem Mat Kilau.

Memulakan kapsyen dengan menulis: “Korang kena kenal orang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

“Ini dia Haji Abdul Rahman Mat Dali. Jutawan ummah. Orang kaya yang habiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik.”

Amin kemudian melanjutkan tulisannya dengan mengatakan: “Duit Allah bagi dia tak habis. Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan sayang pada agama, bangsa dan tanah air.

“Bagi aku kita bukan taksub pada Melayu, tapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dihina.”

Melihat semaraknya sambutan Mat Kilau, Amin berharap agar lebih banyak orang kaya seperti Abdul Rahman yang bijak dan berani untuk menjadi contoh dan akhlak yang baik imannya kepada masyarakat.

Dia juga berpesan agar jutawan atau orang kaya tidak membuat konten mencemarkan maruah.

“Pada jutawan dan orang yang rasa diri itu kaya, berhentilah buat konten dan ak.si mence.markan ma.ruah anda kerana itu akan lebih memis.kinkan diri anda.

“Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini. Ini baru betul kaya dunia akhirat,” tulisnya.

Kutipan Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang sudahpun melebihi modal pembikinan diterbitkan oleh Studio Kembara kepunyaan Abdul Rahman yang juga merupakan Pengarah Urusan rumah produksi tersebut.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *