Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa dan suami PU Riz tetap dengan pendirian mereka untuk tidak berkongsi wajah bayinya, Muhammad Bilal dalam masa terdekat ini.
Kata Neelofa dia tidak tersinggung jika ada pihak mengk.ritik atau men.ge.cam tindakkannya ekoran mempercayai panahan pen.ya.kit Ain.
“Jika ada yang mempermain-mainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la.
“Saya tak terasa pun yang mereka seakan sin.dir saya sebenarnya. Tak tersin.ggung pun.
“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini.
“Saya tetap akan buat ini walau orang ke.cam mana mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak,” katanya kepada Astro Gempak.
Neelofa ditemui media selepas pelancaran koleksi Naelofar tema Disney kedua ‘Alice In Wonderland’ di pusat beli-belah IOI City Mall pada Khamis.
Kata Neelofa dia bukan berniat untuk tidak mende.dahkan wa.jah bayinya buat selamanya namun perlu memberi sedikit masa lagi supaya anaknya dapat membesar dengan normal sama seperti kanak-kanak lain.
“Tunggulah, bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
View this post on Instagram
“Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” pintanya.
Meskipun ada pihak dan neti.zen yang men.ge.cam tindakkannya tidak kurang juga yang menyokong dan mempunyai pendapat yang sama seperti pelakon pengacara Elly Mazlein.
“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Jadi ia untuk kesihatan men.tal kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya lagi
Sekdar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Gempak