Anggap Idris Khan Dulu ‘Kayu’ & Amelia Henderson Tak Kenang Budi, A. Aida Sam4n Mereka Berdua

GARA-GARA menarik diri daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali pada saat-saat akhir tanpa sebab munasabah, penerbit dan pemilik syarikat A. Aida Production (AAP) iaitu Datuk A. Aida bakal mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap pelakon Idris Khan dan Amelia Henderson.

Kata A. Aida, 52, dia terpaksa meneruskan tindakan sam4n itu kerana kec3wa dengan tindakan tidak profesional kedua-dua pelakon berkenaan sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

“Saya hilang kata-kata… kita dah tandatangan kontrak lama, mereka dah ambil bayaran lima peratus. Paling saya tersentak apabila Idris beritahu dia terima tawaran drama ni sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama. Meng4rut, sangat tak profesional!

A. Aida kec3wa dengan Idris Khan dan Amelia.

“Nak pujuk itu tidaklah, no way! Banyak kali pengarah (drama), Riza telefon untik berbincang tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang mereka dah tak mahu.

“Masa skrip reading datang, dah terangkan karakter bukan main… lagi pun kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar, habis beratus ribulah. Ini projek RM1 juta,” katanya kepada mStar.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang ditemui ketika sidang media mengenai perkara itu yang diadakan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ujarnya lagi, kedua-dua pelakon tersebut sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu namun memaklumkan menarik diri daripada membintangi drama ini pada malam 15 Jun.

Dalam pada itu, A. Aida turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Amelia, lebih-lebih lagi dia pernah membantu menaikkan nama aktres berkenaan.

“Amelia tu nama dia meletvp sebab drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya… daripada kayu, seorang model tak pernah berlakon.

Saya memang tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional

A.AIDA

PENERBIT

“Saya memang tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah drama berkenaan iaitu Riza Baharuddin juga memaklumkan telah memujuk kedua-dua pelakon tersebut namun tidak dapat sebarang respons positif.

“Ikutkan masa pembacaan skrip, dua-dua berminat. Tapi bila pihak Amelia kata skrip tersebut tidak memenuhi kehendak dia, dia tarik diri.

Penerbit A. Aida (tengah) bersama peguam Ashmadi Othman (kiri) dan pengarah drama Riza Baharudin.

“Saya cuba untuk pujuk tapi bila orang dah tak mahu, saya tak boleh nak buat apa,” kata Riza.

Mengulas mengenai sam4n, peguam dilantik iaitu Ashmadi Othman memaklumkan surat tuntutan telah dikemukakan dan akan diserahkan kepada kedua-dua pelakon itu.

“Pihak kami mengambil langkah pantas dengan mengemukakan surat pada hari Rabu lalu.

“Surat tu dalam perjalanan sekarang dan pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan telah mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” jelas Ashmadi.

mStar cuba menghubungi kedua-dua pelakon namun panggilan tidak dijawab.

Sumber : mStar

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *