“Tiada Masalah Antara Kami” – Bad Indigo & Ashira Umum Cer4i Sambil Duduk Bersebelahan

Pasangan penyanyi Bad Indigo dan Ashira Aziz mengumumkan mereka telah sah bercer4i.

Berita mengejutkan itu dikongsi mereka menerusi sebuah video sambil duduk bersebelahan dalam sebuah kereta.

“Kami dah capai persetujuan bersama, kami tadi telah sah berpis4h. Tapi kami tetap berkawan kerana kami ingin berkawan sampai bila-bila, Insya-Allah,” kata Bad tenang dalam video yang dikongsi din Instagram itu.

Ashira Lebih Selesa Umum Sendiri

Sementara itu, Ashira pula lebih selesa mengumumkan sendiri perkara itu daripada menjadi buah mulut orang tanpa sebarang kesahihan. Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu juga menegaskan bahawa tiada masalah antara dia dan bekas suaminya itu.

“Kami nak beritahu dahulu sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita tak betul di luar sana. Harap video ini jelas, tiada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tiada dalam kereta ini,” katanya.

Tak Wujud Orang Ketiga

Dalam pada itu, Bad pula membuat pencerahan bahawa tidak wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka hingga mencapai kata putus untuk berpisah.

“Yang penting tiada orang ketiga,” katanya sambil disokong Ashira yang hanya menyimpan hal itu antara diri mereka dengan Allah SWT.

Terdahulu, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021. Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pernah berkahwin sebelum Ashira pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun rumah tangga yang dibina itu menemui titik noktah selepas tiga tahun.

Manakala Ashira pula mempunyai seorang anak lelaki, juga daripada hasil perkahwinan yang sebelumnya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Murai

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *