Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata beliau belum terfikir untuk menyediakan khidmat pengawal peribadi untuk dua anaknya, Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid.
Memetik Harian Metro, Siti berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa untuk membuat keputusan.
“Setakat ini, belum lagilah (menyediakan pengawal peribadi untuk anak-anak). Saya serahkan semuanya kepada suami,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Siti memberitahu beliau juga tidak menggunakan khidmat peng4wal namun hanya diperlukan dalam acara tertentu sahaja demi keselamatan.
“Saya pun tak ada menggunakan ‘bodyguard’ setiap masa, cuma dalam acara tertentu saja untuk menjaga keselamatan ketika mengadakan persembahan. Kalau biasa-biasa itu, tak ada,” katanya.
Siti mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa kini berusia setahun.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Rotikaya